Wednesday, March 8, 2017

Kawalan Motor : Star Delta

Kawalan Motor : Star Delta

Kebanyakkan motor aruhan dihidupkan secara terus di atas talian (Direct on line- DOL), tetapi apabila motor yang terlalu besar dihidupkan menggunakan kaedah tersebut, ianya akan menyebabkan ganguan voltan pada talian bekalan disebabkan peningkatan arus yang mendadak pada dipermulaan motor (starting).

Peinsip kerja penghidup Star-Delta

Kaedah Ini digunakan adalah untuk mengurangkan voltan permualaan bagi menggerakkan motor elektrik. Pengurangan voltan semasa Star-Delta di perolehi apabila menyusun secara fizikal gegelung motor seperti yang digambarkan di bawah. Semasa dipermulaaan (starting), gegelung motor disambungkan  dalam sambungan Star dan ini mengurangkan voltan yang merentasi setiap ketiga-tiga gegelung. Ini juga mengurangkan daya kilas (torque).



Selepas beberapa ketika, gegelung motor disambung dalam sambungan Delta dan motor berpusing secara normal.

Kawalan Pemula Star/Delta terdiri daripada tiga sesentuh (contactors), sebuah pengira masa (timer) dan sebuah geganti beban lebih kendalian haba (thermal overload). Sesentuh-sesentuh hanya mengawal arus gegelung motor sahaja. Arus melalui gegelung motor adalah 1/3 atau (58%) daripada arus dalam talian.

Terdapat dua sesentuh yang tertutup semasa berkendali, selalaunya merujuk kepada sesentuh utama (main contractor) dan sesentuh Delta. Ini kerana AC3 digreadkan pada 58% daripada kadar arus motor. Sesentuh ketiga adalah sesentuh Star dan hanya membawa arus Star semsa motos disambungkan dalam sambungan Star.

(AC 3 - Kategori ini digunakan atas motor-motor sangkar tupai)

Arus dalam Star adalah 1/3 daripada arus dalam sambungan delta, jadi sesentuh ini boleh menganggap AC3 pada kadar 1/3 atau 33% daripada kadar motor.
Star-delta mengandungi unit-unit berikut:

1.    3 unit Sesentuh (Contactors) (Main, star and delta contactors)
2.    1 unit Time relay.
3.    1 unit thermal overcurrent.
4.    3 unit fius atau MCB untuk litar utama.
5.    1 unit fius atau MCB untuk litar kawalan.
6.    1 unit suis ON dan 1 unit suis OFF serta lampu petunjuk jika perlu.


Litar kuasa Star-delta

Litar Utama Star-Delta
Pada mulanya sesentuh utama (KM 1) dan sambungan Bintang (KM 2) adalah tertutup apabila berkendali, selepas beberapa ketika, sesentuh bintang terbuka dan sesentuh Delta (KM 3) tertutp. Peranti masa atau Timer mengawal sesentuh-sesentuh yang dipasang dalam sistem penghidup.
Sambungan Bintang disambungkan secara sementara pada terminal sekunder motor iaitu terminal U2, V2, W2 untuk mula menggerakkan motor. Ini akan membekalkan 1/3 daripada arus motor dan mengurangkan kemasukan arus tinggi.

Litar Kawalan Star_Delta

Litar Kawalan Star_Delta
Berpandukan rajah litar di atas, garisan berwarna merah mewakili pengalir yang membawa arus elektrik. MCB 6a adalah perlindungan bagi keseluruhan litar kawalan.
1.    Arus elektrik dibekalkan sehingga ke poin1 suis ON dan poin 1 N/O.
2. Apabila suis ON ditekan, Arus akan disambungkan secara sementara yang diwakili oleh garisan putus berwarna hijau. Arus elektrik terus mengalir ke :
a.    Poin 2 N/O.
b.    Poin 8 Timer.
c.    Coil / gegelung Main Contactor (M) dan Star
d.    Poin 7 Timer.
3.  Coil Main Contactor (M) akan energize dan menarik sesentuh N/O ke bawah. Oleh itu arus elektrik (yang diwakili oleh garisan putus berwarna biru) akan disambung secara kekal walau pun suis ON telah dilepaskan.
4.   Coil Timer (TDR) juga akan energize dan mula membilang masa dalam saat. (andaian 5 saat)
5.    Dalam masa yang sama, Contactor Star juga energize. Arus daripada Poin 8 Timer disambung terus ke poin 5 Timer seterusnya ke N/C Contactor Delta dan akhirnya ke Coil Contactor Star dan Lampu START. Pada masa ini N/C Contactor Star dalam keadaan terbuka.
6.    Selepas 5 saat TDR membilang masa, sesentuh timer akan beralih dari 8—5 ke 8—6. Oleh itu, arus elektrik ke Contactor Star telah terputus dan disambunkan ke Contactor Delta dan lampu RUN melalui N/C Star. Pada masa ini motor telah berkendali sepenuhnya.

7.  Sekiranya suis OFF ditekan, bekalan elektrik akan terputus untuk kesemua contactor dan TDR. Dalam keadaan ini, motor akan berhenti.
8.   Apabila butang ujian Overload (O/L) di tekan, arus elektrik akan dihalahkan ke luar litar kawalan dan lampu merah akan menyala. Litar tidak akan berfungsi apabila  suis ON ditekan selagi O/L tidak di-reset.
9.    Garisan hitam pada rajan litar kawalan di atas mewakili pengalir Neutral.
10. N/O antara contactor Star dan Delta haruslah bersilang untuk mengelakkan kedua-dua contactor berkendali. Mekanisma ini dipanggil electrical interlock.

Mendawai Litar Kawalan Star_Delta

Pendawaian Litar Kawalan Star_Delta

1. Seharusnya penandaan ke atas contactor dilakukan untuk mengelakkan kekeliruan. Susun eksesori-eksesori mengikut kesesuaian anda.
2.  Mulakan pendawaian dengan mendawai litar bekalan yang berwarna merah. Seterusnya pengalir berwarna biru. Diikuti pengalir Star dan Delta dan akhir sekali pengalir Neutral.